Header image  
kekal sihat untuk menikmati kehidupan yang terbaik  
line decor
  
line decor
 

Wakil Pengedar di Seluruh Malaysia di alu-alukan.

Sila telefon 013-2219600 untuk keterangan lanjut

 

 
 
Filosofi Produk

Nutrisi Uptrend2u menggunakan 3 filosofi utama dalam membantu untuk mencapai kesihatan yang optima.

Filosofi Pertama - Pembersihan
 Kolon sihat, tubuh sihat. Namun sebaliknya, kolon iaitu usus besar yang tidak sihat akan menyebabkan proses pembuangan najis menjadi tidak cekap dan ini akan mengakibatkan najis tersebut bertukar menjadi bahan buangan bertoksid.. Bahan ini akan meresap ke dalam saluran darah dan seterusnya diedarkan keseluruhan tubuh � ini akan menambahkan risiko untuk mendapat penyakit kronik. Maka dengan itu pentingnya supaya kolon kita dibersihkan untuk memastikan sistem pembuangan najis yang cekap seterusnya dapat menyingkirkan segala bahan buangan.

 Untuk kesan detoksifikasi yang maksima, maka menjadi satu keperluan untuk mempergiatkan fungsi organ-organ penyaktoksid seperti hati, ginjal, darah dan lain-lain.

Filosofi ke-dua. Perimbangan
 Untuk kekal sihat, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah kunci utama untuk tumbesaran dan perkembangan yang normal serta untuk mendapatkan sistem imun yang hebat. Tabiat pemakanan yang tidak sihat lama kelamaan akan menyebabkan badan kekurangan zat makanan, organ tidak cekap berfungsi dan penyakit kronik.

 Hormon merupakan bahan kimia pelbagai fungsi yang sungguh menakjubkan. Ia dirembeskan oleh sistem endokrin, di mana ia menyelaras fungsi keseluruhan metabolisme. Keseimbangan hormon amatlah penting untuk mendapatkan kesihatan yang optima. Sistem endokrin yang sihat sangatlah diperlukan untuk memastikan tubuh sihat dari segi fisiologi dan juga emosi. Maka, kita perlulah memastikan sistem hormon seimbang untuk mendapatkan fungsi fisiologi yang optima.

Filosofi ke-tiga. Pencergasan semula
Kesihatan seseorang individu itu amat mudah terjejas akibat daripada fungsi pelbagai sistem di dalam tubuh termasuk: sistem rangka, sistem otot, sistem imun, sistem kulit, sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem pencernaan, sistem pembiakan, sistem urinari, dan sistem endokrin. Oleh kerana itu, kita mestilah memastikan sistem fisiologi kita berfungsi dalam keadaan yang amat baik. Namun begitu, semakin usia meningkat, segala fungsi sistem tubuh juga akan berkurangan. Jadi, sangat penting untuk kita mencergaskan semula mana-mana bahagian tubuh yang perlu dicergaskan akibat proses penuaan.

Dengan konsep dan filosofi asas ini, Uptrend2u membawa berbagai produk yang sungguh menakjubkan untuk anda

Uptrend2u akan terus mendapatkan banyak lagi produk yang berkualiti tinggi untuk ditambahkan kepada produk yang sedia ada.Untuk Nutrisi Uptrend2u, hanya produk terbaik akan dipilih.

 

Penafian: Segala maklumat yang terdapat di sini adalah untuk pendidikan sahaja dan bukanlah sebagai bahan analisa kesihatan atau rawatan untuk apa-apa penyakit.

 

 
 


 Ini adalah laman web peribadi & bukan laman rasmi Uptrend - Hakcipta@2007 sihat4U Hakcipta Terpelihara